KPM siasat kes murid Tahun Enam cedera disyaki dibuli

LocalFamily & Parenting
13 Jun 2026 • 12:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KPM siasat kes murid Tahun Enam cedera disyaki dibuli
Norasikin menguruskan anak perempuannya berusia 12 tahun kini mengalami keterbatasan pergerakan sehingga tidak dapat bersekolah hampir 4 bulan selepas dipercayai terjatuh akibat kerusi yang ingin didudukinya ditarik oleh rakan sekelas dalam kejadian pada 11 Februari lepas di sebuah sekolah dekat Chuping. Foto Bernama
Image from: KPM siasat kes murid Tahun Enam cedera disyaki dibuli
Fadhlina (tengah) meninjau bangunan SJKC Heng Ee di Jalan Macalister ketika lawatannya pada Sabtu.

GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang murid perempuan Tahun Enam di Perlis yang dipercayai menjadi mangsa buli sehingga mengalami kecederaan serius.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, selain siasatan tersebut, kes berkenaan turut dirujuk kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, siasatan sedang dilaksanakan bagi memastikan semua dakwaan yang dibangkitkan disokong dengan proses penyiasatan yang telus dan berintegriti.

"Sebahagian besar siasatan kes itu juga kini berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa berkaitan. Kita masih dalam siasatan kes itu dan kita telah pun rujuk kepada pihak berkuasa.

“Kita juga mesti pastikan dakwaan-dakwaan itu disokong dengan siasatan yang telus dan penuh integriti dan sebahagian besarnya telah pun berada di bawah pihak autoriti.

“Di KPM, kita juga menjalankan siasatan secara dalaman,” Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Heng Ee di sini pada Sabtu.

**media[3549754]**

Dalam pada itu, Fadhlina menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat selepas siasatan selesai dijalankan.

“Kita tidak kompromi dalam soal buli dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang kita dapati terlibat dalam kes itu,” katanya.

Terdahulu, pasangan suami isteri dari Chuping, Perlis memohon keadilan buat anak sulung mereka berusia 12 tahun yang didakwa menjadi mangsa buli fizikal dan mental di sekolah.

Norasikin Hasin, 32 dan Muhamad Abdul Hadi Mohd Fauzi, 32 mendakwa anak perempuan mereka itu yang lebih mesra disapa sebagai ‘kakak’ telah dibuli pada bulan Februari lalu dan turut mengadu sakit belakang selepas pulang dari asrama sebuah sekolah di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved