KPM siasat kes pelajar terjatuh tingkat 3, fokus pematuhan SOP & dakwaan buli

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 2:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan siasatan dalaman sedang dijalankan berhubung kes seorang pelajar terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah di Selangor.

Pelajar terjatuh tingkat 3 di sebuah sekolah di Selangor

Memetik hantaran yang dikongsikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Facebook, pihaknya akan meneliti semua aspek termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan dakwaan kes buli yang dikaitkan dengan insiden tersebut.

“Saya mengambil perhatian kemalangan yang membabitkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Selangor hari ini.
“Pelajar berkenaan sedang mendapat rawatan di hospital. Laporan kepada polis sudah dibuat supaya siasatan lanjut boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

image is not available

Pelajar terjatuh tingkat 3 alami kecederaan teruk

Menurutnya lagi, pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah terbabit telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga siasatan selesai.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mendoakan agar pelajar terbabit segera diberi kesembuhan dan ahli keluarga sabar menghadapi ujian.

“Saya mendoakan supaya anakanda diberi kesembuhan segera dan keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.”

image is not available

Keluarga syak jadi mangsa buli

Sebelum ini, merujuk kepada Sinar Harian, seorang pelajar Tingkatan Tiga difahamkan kini berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.

Bapa saudara mangsa Muhammad Aidil Mansor, 34, berkata anak saudaranya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

image is not available

Menurutnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anak saudaranya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek, Sinar Harian (Roskhoirah Yahya)