KPM tunggu laporan siasatan guru besar tampar murid

20 May 2023 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadhlina semasa sidang akhbar pada Majlis Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung tindakan seorang guru besar dipercayai menampar murid Tahun Lima di sebuah sekolah di sini pada Mac lalu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sudah menjalankan kerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pihak berkuasa dalam kes tersebut.

"Kebiasaannya, tindakan akan diambil oleh pihak kementerian selepas prosedur siasatan kes selesai.

“Saya ambil maklum berkenaan kes itu (kes murid ditampar guru besar). Kita sedang tunggu siasatan dan laporan," katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

Menurutnya, negara mempunyai hukum dan prosesnya mesti berlaku maka beri ruang untuk siasatan serta laporan dilakukan sehingga ke tindakan sewajarnya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kes seorang murid perempuan Tahun Lima trauma untuk ke sekolah selepas ditampar oleh guru besar di hadapan murid-murid lain di dalam dewan sebuah sekolah.

Berikutan kejadian itu, kanak-kanak terbabit masih takut untuk ke sekolah sehingga hari ini dan sering memberi alasan tersebut untuk tidak hadir ke sekolah.

Laporan telah dibuat di Balai Polis Nilam Puri di sini pada 30 Mac lalu sebelum dipanggil oleh pihak sekolah untuk mengadakan perbincangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved