
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada Rabu depan kepada semua sekolah di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti tambahan itu diberikan bagi memberi ruang kepada warga guru, murid serta ibu bapa membuat persiapan yang sewajarnya menjelang sambutan Aidilfitri.
Cuti Tambahan Ikut Kumpulan Sekolah
Menurutnya, berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.
“Bagi sekolah dalam Kumpulan B pula, dua hari cuti tambahan diberikan iaitu pada 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Tambah beliau, pemberian cuti tambahan tersebut diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga pendidikan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.
“Ia juga selaras dengan hasrat KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” katanya.
Sebelum ini, menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, KPM turut menetapkan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu satu hari bagi sekolah Kumpulan A dan dua hari bagi sekolah Kumpulan B. – The Malaysian Update
The post KPM Umum Cuti Tambahan Sekolah Sempena Aidilfitri 2026 appeared first on The Malaysian Update.

