KPM Umum Tiada Lagi TP, Diganti Kepada Peratus, Gred

18 Mar 2024 • 3:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bermula sesi persekolahan ini, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Dipetik dari Kosmo, menurut Fadlina, langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan skor setiap mata pelajaran bagi UASA yang dipaparkan dalam bentuk pelaporan tahap penguasaan (TP) iaitu antara 1 hingga 6, sebelum.

image is not available

Foto: Utusan

“Sebelum ini, berlaku pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang mempersoal bagaimana nak mengukur prestasi pembelajaran anak mereka.

“Sebagai contoh, TP 6 itu apa (maksudnya tahap penguasaan bagaimana) dan selepas ini tiada lagi paparan TP sebaliknya ia dipaparkan dalam bentuk peratus dan gred,” katanya pada sidang akhbar khas Intervensi Kurikulum di Kementerian Pendidikan hari ini.

Walau bagaimanapun, penggunaan TP masih digunapakai dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) namun, bagi pelaporan UASA ia dikeluarkan dalam bentuk peratus dan gred.

Sumber: Kosmo (Ahmad Shaherman Shamsuri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved