KPMG letak jawatan sebagai juruaudit BDB, empat bulan selepas pelantikan semula

LocalBusiness & Finance
13 Sep 2024 • 9:23 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available

KPMG letak jawatan sebagai juruaudit BDB, empat bulan selepas pelantikan semula

syaza

13/09/2024 - 09:23

KUALA LUMPUR 13 Sept - Bina Darulaman Bhd (BDB) mengumumkan peletakan jawatan Tetuan KPMG PLT sebagai juruaudit luarnya.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, BDB berkata, ia telah menerima notis bertulis bertarikh 9 Sept 2024 daripada KPMG mengenai peletakan jawatannya, menurut Seksyen 281 Akta Syarikat 2016.

KPMG telah dilantik semula sebagai juruaudit BDBpada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-29 Kumpulan itu pada 30 Mei 2024.

BDB menjelaskan, peletakan jawatan mereka merupakan persetujuan bersama bagi membolehkan syarikat mendapat manfaat daripada perspektif dan pandangan baharu firma audit lain.

Dalam makluman yang sama, BDB berkata, lembaganya telah meluluskan pelantikan Tetuan BDO PLT sebagai juruauditnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY2024). - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved