KPN bawa mesej harmoni, Minggu Perpaduan 2025 zahirkan realiti masyarakat Malaysia

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 2:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) terus komited membawa mesej perpaduan yang nyata melalui penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2025 Peringkat Kebangsaan, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim.

Minggu Perpaduan 2025 bertemakan “Harmoni Dalam Kepelbagaian”

Dengan tema “Harmoni Dalam Kepelbagaian”, sambutan kali ini menzahirkan realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya, serta memperkukuh nilai faham, hormat dan terima sebagai asas keharmonian nasional.

image is not available

Minggu Perpaduan akan ada pendekatan baru tahun depan

Pelbagai aktiviti disusun bagi menyemarakkan interaksi antara komuniti, termasuk Pameran Rumah KAMI, pertunjukan budaya, Sukan Tradisional, Foodunites, Pertandingan Busana Etnik dan banyak lagi – membuktikan SMP bukan sekadar perayaan, tetapi tapak integrasi sosial sebenar.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, turut mengumumkan perancangan jangka panjang untuk menjadikan sambutan ini lebih inklusif.

“Kementerian Perpaduan Negara sedang merangka pendekatan baharu bagi memperkukuh pelaksanaan Sambutan Minggu Perpaduan.
“Bermula tahun hadapan, SMP akan digabungkan dengan sambutan budaya etnik minoriti di negeri masing-masing.
“Pendekatan baharu ini mengiktiraf warisan etnik minoriti dan membuka ruang kepada rakyat untuk menghargai kepelbagaian budaya yang membentuk identiti Malaysia,” ujarnya.

image is not available

Siri Jelajah SMP di seluruh negara pula memperluas jangkauan program hingga ke akar umbi, melibatkan tujuh negeri yang telah selesai melaksanakannya dan lapan lagi negeri akan menyusul.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian Geran KRT dan biasiswa YTAR, menandakan komitmen kerajaan bukan hanya dalam memperkukuh perpaduan, malah turut memartabatkan pendidikan dan pembangunan komuniti.

image is not available

Dengan pendekatan yang lebih progresif dan menyeluruh, SMP 2025 menjadi bukti nyata bahawa KPN sedang menggerakkan perpaduan daripada sekadar retorik kepada realiti yang dirasai rakyat.