KPN: Polis terima lebih 1,500 laporan kesalahan PRN

11 Aug 2023 • 7:49 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 1,524 laporan melibatkan kesalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bagi tempoh 29 Julai hingga 9 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) berkata daripada jumlah itu, 629 laporan diterima di Selangor, diikuti Terengganu (289), Kedah (249), Kelantan (213), Negeri Sembilan (111) dan Pulau Pinang (33).

Beliau berkata sejumlah 103 kertas siasatan telah dibuka membabitkan 26 di Selangor, Kedah (23), Pulau Pinang (16), Terengganu (15), Negeri Sembilan (14) dan Kelantan (sembilan).

“Empat tangkapan telah dibuat pasukan Op Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan warga tempatan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurutnya daripada empat tangkapan itu, satu kes telah dituduh mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, dua kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta satu kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Razarudin berkata 13 kertas siasatan turut dibuka membabitkan kes fitnah dan kenyataan sumbang serta jelek melalui media sosial.

Beliau berkata 373 Pegawai Penyiasat ditempatkan di enam kontinjen bagi tujuan menyiasat kes-kes berkaitan PRN. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved