KPN serah duit menang saman Papagomo bantu tabung polis buat kali kedua

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
duit menang saman

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP), hasil daripada duit menang saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

image is not available

KPN serah duit menang saman Papagomo kepada tabung AWP

Menerusi hantaran di TikTok Polis Diraja Malaysia, sumbangan tersebut disampaikan kepada Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid selaku Ahli Tetap TAWP dalam satu majlis ringkas di Pejabat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

@pdrmsia_rasmi

KPN SUMBANG RM5,000 KEPADA TABUNG TAWP Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan wang berjumlah RM5,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) yang diserahkan kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid selaku Ahli Tetap TAWP di Pejabat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sumbangan tersebut merupakan hasil daripada perintah mahkamah terhadap defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo. Ia merupakan sumbangan kedua Tan Sri Razarudin kepada TAWP selepas menyumbangkan RM10,000 pada 24 Februari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM15,000.

♬ original sound - PDRMsiaOfficial - PDRMsiaOfficial

KPN serah duit menang saman Papagomo buat kali kedua

Menariknya, ini merupakan kali kedua beliau menyalurkan hasil saman tersebut kepada tabung kebajikan anggota polis itu, selepas menyumbang RM10,000 pada 24 Februari lalu.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan peribadinya kini mencecah RM15,000.

image is not available

Terdahulu, Papagomo telah diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Razarudin susulan fitnah yang dilontarkan.

Dia juga diminta untuk membayar kos RM5,000.

image is not available

Sekadar info, TAWP ditubuhkan bagi membantu kebajikan warga PDRM termasuk mereka yang terkesan akibat kehilangan anggota tersayang ketika bertugas.

Tindakan KPN menggunakan wang dari kes saman untuk membantu tabung ini dilihat sebagai satu teladan kepimpinan yang berprinsip, dan mendapat penghargaan daripada anggota pasukan serta orang awam.

Sumber: TikTok pdrmOfficial

View Original Article