KPN: Tangkapan ke atas ketua polis negeri tidak benar

LocalPolitics
10 Sep 2024 • 8:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dakwaan itu tidak benar selepas pihaknya mendapatkan pengesahan daripada SPRM.

“Tiada tangkapan membabitkan ketua polis negeri dilakukan SPRM, berita itu tidak benar,” katanya.

Razarudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menjejaskan imej PDRM.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut menafikan mengenai tangkapan membabitkan ketua polis negeri berkenaan dan menyifatkan berita berkenaan adalah palsu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof turut menafikan perkara tersebut.

“Cerita tak betul…banyak lagi cerita tidak betul dalam media sosial bukan hanya tentang ini sahaja,” katanya.

Terdahulu tular di alipkasi Telegram berhubung tangkapan melibatkan seorang ketua polis negeri oleh SPRM dan turut menemukan wang tunai berjumlah RM4 juta.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved