KPT minta Universiti Malaya siasat & sedia laporan segera jemputan pro-Israel

Politics
25 Apr 2024 • 9:39 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat Bruce Gilley menyebarkan propaganda Zionis. Dalam hantaran di jaringan X dia menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Profesor Sains Politik tersebut juga menuduh ahli politik Malaysia menggesa ‘Holocaust kedua’ terhadap orang Yahudi dan juga menyerang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

image is not available

Netizen telah mengecam tindakan UM yang dilihat tidak menyiasat terlebih dahulu latar belakang individu berkenaan.

Sehubungan dengan itu,Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum serta memandang serius isu yang berlaku.

image is not available

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, beliau telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.

UM diminta siasat

Dalam pada itu, beliau turut meminta Universiti Malaya (UM) untuk menyiasat perkara tersebut dan melaporkan segera butiran lanjut.

“Pada masa sama, suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan.

“Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan,” katanya.

Sehingga setakat ini, pihak UM masih belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu berkenaan.

Bruce Gills bagaiamanapun dalam satu hantaran menyatakan dia telah memadamkan hantaran terdahulu.