KPT Terus Pantau Keadaan Pelajar Di Timur Tengah

16 Apr 2024 • 2:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

KPT Terus Pantau Keadaan Pelajar Di Timur Tengah

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum situasi terkini pergolakan yang berlaku di Timur Tengah yang melibatkan antara negara Iran dan Israel serta secara tidak langsung memberi tempias kepada negara-negara di sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lebanon dan Iraq. KPT sedang memantau perkara ini secara langsung menerusi pejabat Education Malaysia (EM) di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan bagi mendapatkan perkembangan terkini dan tindakan lanjut yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.

image is not available
Sumber : BERNAMA

Pihak berkuasa juga memaklumkan akan penutupan ruang udara di beberapa negara terlibat. KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk sebarang tindakan selanjutnya termasuk sekiranya ada keperluan untuk membawa pulang pelajar dari negara berkaitan.

Mengikut rekod semasa pelajar Malaysia yang berdaftar adalah seramai 1872 orang di Jordan, 37 orang di Syria, 8 orang pelajar di Iran dan tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq pada ketika ini.

Kepada pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh terus menghubungi Kedutaan Malaysia yang terdekat di talian:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Alamat : 25, Second Alley, North Zarafshan Street Eyvanak Boulavard, Phase 4, Shahrak e-Qods Islamic Republic of Iran Tehran

Nombor Telefon : (+9821) 88072444

(+9821) 88078606

Emel : mwtehran@kln.gov.my

mwconsular.teh@gmail.com

KEDUTAAN MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN

Alamat : No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street Abdoun, P.O. Box 5351, Amman 11183, Jordan

Nombor Telefon : (+962) 6590 2400

(+962) 78590 2400

Emel : mwamman@kln.gov.my

amm.uhep@gmail.com

Rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar Malaysia di negara berkenaan dinasihatkan untuk terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Semoga krisis ini akan segera menemui jalan penyelesaian dan keadaan kembali aman.