KPWKM akan beri kaunseling kepada peserta program motivasi

LocalPolitics
13 Jul 2025 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Noraini Ahmad berucap ketika hadir pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Taiping hari ini. - Foto: Bernama

TAIPING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada peserta yang terbabit dengan program motivasi rumah tangga yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menerima laporan terperinci berhubung isu penganjuran program terbabit.

"Selalunya kalau ada kes-kes sebegini apabila ada laporan kepada kementerian, kita akan gerakkan kaunselor sama ada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), JPW (Jabatan Pembangunan Wanita) atau Yayasan Kebajikan Negara supaya berjumpa dengan mereka," katanya.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Taiping yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noraini turut menasihatkan golongan wanita supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang program motivasi berkaitan wanita atau rumah tangga.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang bekas peserta berhubung program berkenaan yang didakwa songsang apabila diselitkan de­ngan acara yang mencolok mata di sebuah pusat konvensyen di sini pada September tahun lepas.

Program itu diadakan secara tertutup hanya untuk peserta. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved