“Kreatif Guru Sekarang” – Gimik Perasmian Pelancaran Program Di Sekolah Ini Raih Pujian Ramai [Video]

LocalEntertainment
4 Mar 2025 • 12:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pendidik, ini kerana tugas guru bukan hanya mengajar, malah harus menjaga murid-murid dari segi emosi, tingkah laku dan disiplin sepanjang di sekolah.

Bahkan, ada juga guru yang sanggup melakukan apa sahaja di luar bidang tugas mereka demi amanah yang digalas.

Tidak kurang juga sesetengah tenaga pengajar yang menggunakan kreativiti mereka dalam melakukan sesuatu demi menarik minat murid-muridnya.

Tular guru kreatif buat gimik perasmian majlis pelancaran di SK Rapat Setia

Begitulah dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh, Perak yang dilihat kreatif semasa mengadakan gimik perasmian Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan & Minggu Panitia Islam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Tiktok @skrapatsetiaofficial, gimik perasmian itu dipercayai dilakukan semalam (2 Mac) di tapak perhimpunan sekolah berkenaan.

Meskipun ia kelihatan ringkas, kreativiti yang digunakan oleh guru-guru itu tetap berjaya menarik perhatian murid-murid.

Cebisan ‘puzzle’ poster program seakan terbang turun ke bawah

Dalam video tersebut, kelihatan seorang guru lelaki melepaskan cebisan ‘puzzle’ poster program itu daripada tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Cebisan ‘puzzle’ yang diikat pada hiasan Ramadan itu kemudiannya mengelongsor ke bawah dengan menggunakan benang.

Ia kemudiannya diambil oleh seorang guru wanita dipercayai guru besar sekolah berkenaan untuk melengkapkan puzzle poster program terbabit.

Lagu ‘Ramadhan Tiba’ nyanyian penyanyi Indonesia, Opick turut dimainkan semasa majlis pelancaran sedang berlangsung untuk menambahkan lagi seri di dalam acara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa teruja dengan gimik perasmian pelancaran program tersebut.

Tidak hanya itu, kebanyakan mereka juga memberikan pujian terhadap kreativiti guru-guru di sekolah berkenaan sehingga berjaya menarik perhatian murid agar program tersebut tidak kelihatan membosankan.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: