Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Home & LivingArchitecture
21 Sep 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KEBIASAANNYA tempat simpanan atau ruang stor menjadi ruang untuk kita menyimpan semua barangan yang tidak dipakai.

Tiba masanya mahu guna, mula gelabah mencari, kan?

Habis diselongkar ruang berkenaan dan pastinya mengambil masa.

Lebih-lebih lagi jika anda bukan jenis yang suka meletakkan barang secara teratur atau tidak suka susun barang mengikut jenisnya.

image is not available

 

Semuanya dilonggokkan dan apabila nak guna barulah cari.

Mana ada masa sementelah banyak pula barangan menyukarkan untuk anda berbuat demikian.

Sebenarnya, semua itu atas kreativiti dan juga kerajinan seseorang. Admin ada terbaca sebelum ini akan satu perkongsian di Facebook Lyna Amran.

Menariknya, beliau menjadikan stor bawah tangga rumahnya sebagai tempat simpanan barang.

image is not available

Malah, ruang tersebut didekor dengan begitu simple, tetapi nampak kemas dan menarik.

Sebenarnya, itu projek yang beliau laksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

image is not available

Memang sedap mata memandang dan ia memudahkan beliau mencari barang, setiap satunya diletakkan label. Rajin dan kreatif, kan!

“Hanya ingin kongsikan idea saya dekor stor bawah tangga rumah. Idea nak menjadikan stor sebagai taman sudah lama terfikir cuma masa PKP sebelum ini saya berjaya merealisasikannya,” ujar beliau menerusi kapsyennya.

image is not available

image is not available

Selain ruang tersebut nampak teratur, beberapa hiasan seperti rumput dan hiasan lain diletakkan bagi mencantikkan ruang yang ada.

Admin tertarik melihat dekorasinya yang cukup ringkas. Buka sahaja pintu stor, terus hati rasa lapang dan sedap mata memandang.

Malah, tidak perlu mengambil masa yang lama kerana susunan tersebut memudahkan proses mencari barang.

Jadi, kalau anda ada hajat nak kemaskan stor, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Barulah ruang nampak teratur, cantik dan praktikal!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

View Original Article