Kredit RM100 eMADANI Tak Boleh Guna Untuk Transaksi Online, Hanya Boleh Di Kedai Fizikal

4 Dec 2023 • 12:37 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Kerajaan hari ini telah mula menawarkan kredit RM100 di bawah inisiatif eMADANI -- sekali gus mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi secara fizikal di pelbagai pekedai tempatan.

Selari dengan itu, diumumkan juga kredit tidak boleh digunakan untuk sejumlah tujuan.

Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

image is not available

Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas, dan mempunyai pendapatan di bawah RM100,000 setahun, anda boleh melakukan permohonan eMADANI melalui empat dompet digital terpilih -- iaitu MAE, ShopeePay, Touch n Go eWallet dan juga Setel.

Gunakan kredit eMADANI RM100 anda untuk membayar di kedai-kedai fizikal sahaja, seperti gambar di bawah ini:

image is not available

image is not available