Kren Tumbang, Khidmat Komuter Lembah Klang & ETS Alami Gangguan Perjalanan

13 Dec 2023 • 11:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan operasi perkhidmatan tren alami gangguan perjalanan disebabkan kren binaan parkir bertingkat tumbang berhampiran landasan, semalam.

Insiden tersebut telah menyebabkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang laluan KL Sentral – Tanjung Malim – KL Sentral mengalami gangguan perkhidmatan dan kelewatan daripada jadual asal melebihi dua jam.

Operasi perkhidmatan tren alami gangguan

image is not available

image is not available

Justeru, KTMB menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang perkhidmatan Komuter Lembah Klang bagi perjalanan pergi dan balik laluan Sungai Buloh ke Serendah manakala laluan KL Sentral-Sungai Buloh-Tanjung Malim untuk penumpang ETS.

Sepanjang gangguan perkhidmatan ini, KTMB telah menempatkan kakitangan di stesen dan anggota Polis Bantuan untuk membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas.

image is not available

image is not available

Para pengguna yang terlibat juga boleh mendapatkan info semasa melalui media sosial rasmi KTMB dan juga daripada kakitangan KTMB yang bertugas di stesen.

Pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB.