
SEMPORNA: Krim pemutih dan ginseng antara barang yang dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) yang melakukan rondaan Op Taring Gelora di perairan Sisipan, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, sebanyak 15 kotak berisi barangan kosmetik dan ubat-ubatan ditinggalkan pemiliknya di dalam sebuah bot laju.
AdvertisementKomander PPM Wilayah 4 Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, rampasan dibuat ketika sepasukan anggotanya yang melakukan rondaan mengesan pergerakan bot laju yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota kita cuba menahan bot itu namun juragan bertindak memecut ke kawasan cetek.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bot ronda kemudian terus mengekori bot tersebut namun juragan menghilangkan diri dan meninggalkan bot berkenaan.
“Hasil pemeriksaan pada bot tersebut menemukan 15 kotak barangan kosmetik termasuk krim pemutih dan pelbagai jenis ginseng dipercayai dibawa masuk untuk pasaran tempatan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati barangan kosmetik dan ubat-ubatan itu tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Tiada sebarang dokumen yang sah dan diguna pakai sebagai pemilikan, kebenaran berdaftar, resit belian dan penggunaan barang ditemui bersama barangan tersebut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Selepas menunggu selama hampir satu jam, tiada sesiapa yang tampil menuntut barangan tersebut.
“Susulan itu, kesemua barangan termasuk bot bernilai RM126,210 dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk dirujuk ke Jabatan Farmasi Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mohd Nazri berkata, kes diklasifikasikan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
