Krisdayanti kagumi Wan Azizah, sifatkan wanita hebat dalam politik

LocalEntertainment
7 Nov 2026 • 12:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Krisdayanti kagumi Wan Azizah, sifatkan wanita hebat dalam politik

PETALING JAYA – Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menzahirkan rasa kagum dan penghormatan tinggi terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkannya sebagai wanita hebat dalam dunia politik Malaysia.

Krisdayanti, 51, mengakui peluang mengenali tokoh wanita tersohor itu merupakan satu penghargaan besar buat dirinya.

“Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Perempuan Tangguh dalam Politik Malaysia.

“Wan Azizah Wan Ismail adalah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Merupakan satu penghormatan untuk saya dapat mengenali sosok perempuan yang begitu menginspirasikan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Tambah pelantun lagu Menghitung Hari itu, perjalanan hidup Wan Azizah juga boleh dijadikan teladan kepada orang lain, khususnya dalam memahami erti sebenar kekuatan seorang wanita.

“Perjalanan hidup dan pengabdian Wan Azizah mengajar kekuatan seorang perempuan tidak selalu ditunjukkan melalui kata-kata yang besar.

“Sebaliknya melalui keteguhan hati, kesabaran dan kesetiaan terhadap nilai-nilai perjuangan. Junjung kasih,” katanya lagi.

Dalam hantaran berasingan, Krisdayanti turut menyentuh keistimewaan muzik yang disifatkannya bukan sekadar hiburan, malah berupaya merapatkan hubungan antara negara serta membuka ruang kepada kreativiti baharu.

“Betapa indahnya ketika muzik mampu mempertemukan generasi, merawat kenangan, sekali gus membuka ruang bagi kreativiti baharu.

“Terima kasih Malaysia, untuk sambutan hangat dan cinta yang tidak pernah berubah sepanjang perjalanan muzik saya,” ujarnya.

Hantaran tersebut turut dibanjiri pelbagai komen positif daripada warganet yang rata-ratanya gembira melihat hubungan baik antara Malaysia dengan Indonesia.

Difahamkan, Krisdayanti berada di Malaysia bagi memenuhi undangan persembahan sempena festival muzik Ultra Kalcer yang berlangsung selama dua hari di ibu negara bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Krisdayanti kagumi Wan Azizah, sifatkan wanita hebat dalam politik appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved