
SANDAKAN: Pasukan Tindakan Adun Karamunting mengadakan mesyuarat bersama jurutera Jabatan Air Sandakan, Alchemy Lobo October M. Sabin dan wakil Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk mendapatkan penerangan terperinci mengenai situasi krisis bekalan air yang berlaku hampir dua minggu di Karamunting.
Pertemuan itu merupakan inisiatif Adun Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yang diwakili Yap Hsiu Min dan Ketua Bahagian Aduan Tommy Yap, membuat kunjungan ke Jabatan Air Sandakan.
Krisis air itu memberi kesan ketara kepada tiga kawasan utama iaitu Bandar Ramai Ramai, Bandar Leila, Bandar Nam Tung serta kawasan sekitarnya.
Masalah ini menjadi lebih serius lagi dengan tekanan air rendah, selain sumber air di Loji Rawatan Air Hilltop di sini dilaporkan kering sepenuhnya.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Ini menyebabkan bekalan air paip tidak dapat disalurkan dengan normal dan menjejaskan lebih 2,000 pengguna.
Ketika pertemuan itu, Alchemy memberitahu, bekalan air di kawasan Karamunting kini bergantung kepada bekalan air kecemasan dari loji rawatan air di Kinabatangan dan Segaliud.
Kebergantungan ini memberikan tekanan besar kepada keseluruhan sistem bekalan air di Sandakan, di mana bekalan air di kebanyakan kawasan tidak mencukupi.
Alchemy turut menyatakan pihak berkuasa merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tiga kawasan terjejas di Karamunting.
Pelan jangka pendek melibatkan catuan bekalan air berjadual, manakala pelan jangka panjang ialah pemasangan pam air di lokasi yang sesuai.
Bagaimanapun, penggunaan tanah milik MPS masih menunggu kelulusan, mengakibatkan kelewatan dalam pelaksanaan pelan tersebut.
Yap menekankan penyelesaian segera diperlukan bagi memastikan bekalan air di tiga kawasan ini dipulihkan, memandangkan gangguan berlarutan telah menjejaskan kehidupan harian penduduk dengan ketara.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
