Krisis institusi diraja, adat Negeri Sembilan: 'Saya tak mahu campur' - Anwar

LocalPolitics
26 Sep 2026 • 12:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Krisis institusi diraja, adat Negeri Sembilan: 'Saya tak mahu campur' - Anwar
Anwar menandatangani plak perasmian pada Majlis Maulid Akhbar Pendang di Pondok Mujamma' Ibn Sunni Al-Talaqqi (Mushtaq). Foto Bernama
Image from: Krisis institusi diraja, adat Negeri Sembilan: 'Saya tak mahu campur' - Anwar
Anwar bersalam bersama orang ramai pada Majlis Maulid Akhbar Pendang di Pondok Mujamma' Ibn Sunni Al-Talaqqi (Mushtaq). Foto Bernama

PENDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu.

Anwar berkata, beliau menghormati Undang serta proses yang ditetapkan, namun Kerajaan Persekutuan tetap mempunyai tanggungjawab memastikan urusan berkaitan negara, keselamatan dan institusi berjalan mengikut lunas undang-undang.

“Ada orang tanya Anwar apa yang nak campur? Saya kata saya tak campur. Apa yang saya campur? Undang ambil keputusan, ada pihak yang menyokong mereka, bagi pandangan, tak ada masalah. Saya tak mahu campur.

“Tapi Undang itu pun yang mana sah, yang mana tak sah, itu dua. Pilih, selesaikan yang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Pendang Berselawat di Perkarangan Pondok Pertubuhan Mujamma' Ibnu Sunni Al-Talaqqi Pendang, Kedah (Mushtaq) di sini pada Jumaat.

**media[3659034]**

Anwar sebelum ini turut menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan adat dan sistem pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati proses ditetapkan Perlembagaan, undang-undang serta amalan adat negeri berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, kemelut institusi diraja Negeri Sembilan tercetus susulan isu proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini menyatakan proklamasi berkenaan tidak sah, manakala Kerajaan Negeri turut berdepan pertikaian berhubung tindakan dan keputusan berkaitan kedudukan institusi diraja negeri itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved