Krisis Istana: Undang Luak Sungei Ujong Bakal Didakwa Esok, Berdepan Pertuduhan Menghasut

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 8:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Krisis Istana: Undang Luak Sungei Ujong Bakal Didakwa Esok, Berdepan Pertuduhan Menghasut

SEREMBAN - Undang Luak Sungei Ujong yang kedudukannya menjadi pertikaian, Datuk Mubarak Thahak @ Dohak, dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen esok bagi menghadapi pertuduhan menghasut berhubung kejadian didakwa berlaku April lalu.

Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Negeri Sembilan memaklumkan, Mubarak, 61, akan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan kira-kira jam 8.30 malam, 19 April lalu, di Dewan Undang Luak Sungei Ujong di sini.

Prosiding berkenaan menyusul penyingkiran Mubarak daripada jawatan sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-10 diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Berdasarkan dokumen rasmi bertarikh 23 Oktober 2026, beliau telah dilucutkan daripada jawatan serta gelaran berkenaan berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025. - Getaran, 26 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved