Krisis Kerajaan N9: Bubar DUN, Jangan Bising ‘Kulu-kilir’ – Tok Mat

LocalPolitics
22 May 2026 • 5:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Krisis Kerajaan N9: Bubar DUN, Jangan Bising ‘Kulu-kilir’ – Tok Mat

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada April lalu 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan telah bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Namun krisis itu dilihat masih lagi belum reda, meskipun Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menitahkan Aminuddin untuk terus mentadbir sebagai Menteri Besar di negeri berkenaan.

Tok Mat beri pandangan bubar DUN di Negeri Sembilan jalan terbaik selesaikan krisis yang sedang berlaku

Terbaharu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat membubarkan Dewan Undang Negeri (DUN) di Negeri Sembilan adalah langkah terbaik dalam menyelesaikan isu krisis politik yang berlaku di negeri berkenaan.

Tegas ADUN Rantau yang mesra dipanggil Tok Mat, langkah tersebut dapat memulangkan semula mandat kepada rakyat dalam membuat keputusan siapakah pemimpin yang dimahukan dalam mentadbir Negeri Sembilan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jalaluddin Alias Sifatkan Tindakan 14 ADUN Tarik Sokongan Bukan Usaha ‘Tebuk Atap’ Tapi Pertahan Prinsip Parti

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Pelantikan Baharu”- 4 Jawatan Yang Kosong Dipangku EXCO Negeri Sembilan Sedia Ada- Aminuddin Harun

Pulangkan mandat kepada rakyat untuk mereka buat keputusan siapa dimahukan untuk tadbir Negeri Sembilan

Jelas Tok Mat, pada prinsipnya Aminuddin telah hilang kepercayaan apabila 14 ADUN yang juga dari parti Barisan Nasional (BN) terbabit telah menarik sokongan terhadap Menteri Besar itu.

“Kalau Aminuddin sudah tidak dapat lagi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan, sebaiknya beliau membubarkan DUN dan kita pulangkan semula mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka nak untuk mentadbir Negeri Sembilan.

“Jangan kita bising ‘kulu-kilir’ (ke sana sini), ia menyebabkan rakyat rasa tak tenteram. Sudahlah dengan keadaan dunia tidak stabil dengan perangnya, jadi kita buat elok-elok,” ujar Ahli Parlimen Rembau itu, dipetik Berita Harian.

UMNO atau BN sertai kerajaan perpaduan hanya untuk urus negara dan negera secara bersama

Tambah beliau lagi, UMNO atau BN membuat keputusan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan hanya untuk mengurus atau mentadbir negara serta negeri secara bersama dan ia bukan untuk mengundang ketidaktenteraman awam.

Beliau turut mencadangkan agar sidang DUN di Negeri Sembilan dapat dilakukan dengan segera untuk beri ruang kepada Menteri Besar berkenaan membuktikan bahawa pemimpin tersebut masih mempunyai sokongan majoriti bagi memegang jawatan yang digalasnya kini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Kerajaan N9: 5 ADUN PN Sedia Kerjasama & Beri Sokongan Kepada UMNO [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tuanku Titah Saya Teruskan Tadbir Sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa – Aminuddin Harun