Krisis N. Sembilan Terus Berlarutan, Balai Undang Luak Rembau Diarah Kosong Serta-Merta

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 10:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta.

Tular sepucuk surat bertarikh 29 Jun

Memetik laporan daripada Sinar Harian, arahan tersebut terkandung dalam sepucuk surat bertarikh 29 Jun yang dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Rembau sebelum mula tular pada Isnin.

Difahamkan, arahan itu dikeluarkan susulan Hassan Ab Hamid dizahirkan sebagai Dato’ Sedia Raja Undang Luak Rembau ke-22 pada Sabtu lalu.

“Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan Istiadat Menzahirkan Kejadian YTM Dato’ Sedia Raja Hassan Haji Ab Hamid, Undang Luak Rembau ke-22 di lstana Besar Seri Menanti pada 27 Jun 2026 adalah berkaitan.
“Sehubungan dengan itu, pihak tuan diarahkan untuk melaksanakan pengosongan bangunan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Rembau berkuat kuasa serta merta,” ujarnya.

Image from: Krisis N. Sembilan Terus Berlarutan, Balai Undang Luak Rembau Diarah Kosong Serta-Merta

Pengosongan berkuat kuasa serta merta

Surat yang ditandatangani pegawai, Hafizatun Ramlan itu turut mengarahkan supaya semua aset milik Kerajaan Negeri yang didaftarkan di premis Balai Undang Luak Rembau dipastikan berada dalam keadaan baik bagi tujuan pemeriksaan.

Untuk rekod, jawatan Undang Luak Rembau kosong selepas penyandangnya, Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 15 Mei 2024. Pada Ogos tahun sama, Abd Rahim Yasin dilaporkan dilantik sebagai Undang Luak Rembau ke-22.

Image from: Krisis N. Sembilan Terus Berlarutan, Balai Undang Luak Rembau Diarah Kosong Serta-Merta

Sebelum ini, pada 30 April lalu, arahan pengosongan yang sama turut dikeluarkan terhadap Datuk Mubarak Dohak supaya mengosongkan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong.

Menurut surat berkenaan, keputusan tersebut dibuat selaras dengan keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang berlangsung pada 17 April lalu.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

The post Krisis N. Sembilan Terus Berlarutan, Balai Undang Luak Rembau Diarah Kosong Serta-Merta appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved