Kristian di Sabah, Sarawak boleh terus guna kalimah ‘Allah’: Ewon

LocalPolitics
20 May 2023 • 12:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam amalan agama mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kalimah ‘Allah’ boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan buku agama untuk tujuan pendidikan dalam komuniti itu dengan menulis ‘Untuk Kegunaan Penganut Kristian Sahaja’.

“Isu ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat Jemaah Menteri beberapa hari lepas dan saya telah mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut dan menyuarakan pandangan dan penelitian saya terhadap isu ini.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga membuka ruang kepada semua jemaah menteri untuk menyampaikan pandangan dan keputusannya adalah "status quo".

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more “Penganut agama Kristian daripada Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam doa mereka dan jika melibatkan penerbitan, ia perlu dicop dengan tulisan ‘Untuk Kegunaan Penganut Kristian Sahaja’.

“Itulah dasar sedia ada yang kita persetujui diteruskan semula dan kabinet memutuskan untuk kita menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara kita, tetapi agama lain juga bebas diamalkan dengan aman damai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Bantu Sekolah Yayasan Bank Rakyat, di Dewan SM St.Micheal Penampang, di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Ewon berharap penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak tidak bimbang dengan penggunaan kalimah ‘Allah’.

“Kerajaan telah bersetuju supaya kita boleh menggunakan kalimah Allah dalam doa kita seperti sedia ada dan juga dalam penerbitan,” katanya.

Sebelum ini Mesyuarat Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bagi mempersembahkan cadangan-cadangan mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri berkata, ia bagi mencapai penyelesaian secara menyeluruh mengenai isu penggunaan kalimah ‘Allah’.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.