Kritik Undang-Undang Malaysia & Cium Rakan Lelaki Atas Pentas, Penganjur Good Vibes Saman Kumpulan The 1975 RM11 Juta

Music
31 Jul 2024 • 1:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kumpulan The 1975 telah membuatkan festival Good Vibes Festival yang sepatutnya berlangsung dari 21 hingga 23 Julai tahun lalu dibatalkan serta merta susulan vokalis kumpulan itu kritik undang-undang Malaysia mengenai LGBT dan mencium rakan lelaki kumpulannya atas pentas.

Failkan saman terhadap kumpulan The 1975

Disebabkan itu, penganjur Good Vibes Festival telah memfailkan saman terhadap kumpulan muzik British itu dan semua ahlinya secara individu di Mahkamah United Kingdom.

Kesan daripada tindakan vokalis kumpulan itu, Healy, Future Sounds Asia menuntut sebanyak RM11.25 juta.

image is not available

Dalam pada itu, pihak penganjur menegaskan bahawa The 1975 dan pengurusnya sedar mengenai beberapa had yang dikenakan atas persembahan mereka di Malaysia.

Tak bertanggungjawab lepas buat kesalahan

Pemfailan tersebut juga menyatakan kumpulan itu pernah membuat persembahan di festival terbabit pada 2016 dan dimaklumkan larangan pada masa itu.

image is not available

Tambahan lagi, The 1975 dan pengurusan segera meninggalkan Malaysia selepas insiden tersebut, selepas menyedari mereka melanggar undang-undang tempatan.

image is not available 1 year ago

“Orang Islam Yang Tengok The 1975 Bercumbu Dinasihatkan Mohon Keampunan Daripada Allah” - Mufti