[KRONOLOGI] Tragedi kepala air Kampung Poh, Bidor

8 Feb 2024 • 2:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aszura (kiri) dan tiga anaknya Hanna Mikayla, 7; Hafiy Muhayat Azam, 4, serta Hanum Marissa, 2, ditemui lemas akibat dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Koh, Bidor. Suami Aszura, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, (kanan) tidak turut serta dalam perkelahan itu kerana bekerja.

image is not available
Lokasi mangsa terperangkap ketika kepala air berlaku.

image is not available
Pasukan penyelamat yang berada di lokasi

image is not available
Mangsa tragedi kepala air, Aslinda Bani, 38, tidak dapat menahan kesedihan sejurus menerima berita kematian adiknya, Aszura Bani, 37, ekoran kejadian tersebut di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor pada Rabu. - Foto Bernama

image is not available
Dua kanak-kanak yang merupakan mangsa terakhir lemas akibat tragedi kepala air di Kampung Poh di sini temui pagi Khamis.

[KRONOLOGI]

Berikut adalah kronologi tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini yang mengorbankan empat beranak pada Rabu.

7 FEBRUARI 2024 [RABU]

4 petang:Seorang wanita maut manakala tiga anaknya dilapor hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.

4.30 petang: Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung.

Tiga anak Aszura yang dilapor masih hilang Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7, masih belum ditemui, dikhuatiri dihanyutkan arus deras.

Kakak kepada Aszura, Aslinda Bani berusia, 38,tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat.

Turut terselamat, pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang hilang dijumpai sedang berpaut pada batu.

9.50 malam:Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini ditemui meninggal dunia pada Rabu.

'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak'

"Bila lagilah Uya (Aszura) nak makan mi kari kakak ni?” kata Noraini Maswan, 44, mengingati kata-kata Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sungapi Poh, Bidor sewaktu mangsa singgah makan di kedai makan tempat Noraini bekerja.

'Hari ini hari terakhir kakak sekolah'

"Esok kakak tak nak sekolah dah, ini hari terakhir kakak sekolah."

Kata-kata yang diluahkan Hanna Mikayla Azam, 7, itu seolah-olah menjadi petanda kehilangannya bersama dua adiknya dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.

8 FEBRUARI 2024 [KHAMIS]

Tragedi kepala air: Dua mangsa terakhir ditemui

9 pagi:Dua kanak-kanak yang merupakan mangsa terakhir lemas akibat tragedi kepala air di Kampung Poh di sini temui pagi Khamis.

Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi

Jenazah mangsa pertama tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini yang mengorbankan empat sekeluarga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, di sini, pada Khamis.

Tragedi kepala air: Jenazah 3 beradik disemadi sebelah ibu

Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh dekat sini selamat disemadikan bersebelahan ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor pada Khamis.