Kru warga Thailand hilang dipercayai terjatuh dari bot

1 May 2023 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Suttiprapha disedari tekong ketika bot merapat di jeti Pulau Kambing. -Foto: Maritim

KUALA TERENGGANU - Seorang kru bot nelayan tempatan kelas C dilaporkan hilang di laut selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki pada Ahad.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Suttiprapha disedari tekong ketika bot merapat di jeti Pulau Kambing dekat sini.

Menurutnya, Maritim menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada Ahad dari tekong selepas menyedari mangsa tiada di dalam bot.

"Mangsa berusia 52 tahun berasal dari Kalasin, Thailand kali terakhir dilihat memakai baju biru dan berseluar hitam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Khairulanuar berkata, selepas menerima laporan, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan dan mengkoordinasikan operasi carilamat (Carilamat) mangsa di laut.

Beliau berkata, ia dilakukan dengan menyalurkan maklumat awal kepada aset-aset maritim yang melakukan rutin rondaan bagi membuat pemantauan dan pengesanan kedudukan bot berkenaan dalam lingkungan 20 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

"Kita juga meminta orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut supaya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan.

"Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh melaporkan kepada Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999 atau hubungi Pusat Operasi Maritim Terengganu di talian 09-6223657," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved