KRW FC 'mengamuk', benam KDA FC 6-0

LocalFootball
18 Nov 2025 • 8:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Emmanual Mbraga (kiri) semasa meraikan jaringan pada perlawanan KRW FC menentang KDA FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Isnin. Foto KELATE.NET/SN MEDIAWORKS

KELANTAN Red Warrior (KRW FC) 'mengamuk' apabila benam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada malam Isnin.

Turun dengan misi meneruskan rentak kemenangan, KRW FC tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Syafiq Izzudin seawal minit ke lima.

Tuan rumah terus berpesta selepas itu apabila Emmanual Mbraga meledakkan gol kedua KRW FC pada minit ke-10.

Fazli Ghazali terus menggamatkan Stadium Sultan Muhammad IV apabila meledakkan jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-36.

Mbraga menutup aksi babak pertama dengan gol keempat pada minit ke-41 sekali gus memastikan KRW FC membawa bekalan selesa ke bilik persalinan sebelum separuh masa kedua bersambung.

Penyokong KRW FC terus berpesta selepas itu apabila Zulasyraf meledakkan jaringan kelima KRW FC pada minit ke-48.

Pesta penyokong tuan rumah berterusan pada minit ke-77 apabila Muhammad Syafiq menutup malam gemilang KRW FC dengan gol keenam.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan KRW FC menduduki tangga keenam dalam carta liga dengan mengumpul 19 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.

View Original Article