
KTMB Batal Perkhidmatan Tren Khas MySawasdee 1004/1005 KL Sentral – Hat Yai – KL
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengumumkan perkhidmatan tren khas MySawasdee KL Sentral – Hat Yai – KL Sentral selepas mengambil kira situsi cuaca semasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan KTMB, pembatalan tersebut melibatkan tren khas MySawasdee 1004/1005 yang beroperasi pada tarikh 29 November hingga 2 Disember depan.
Pembatalan itu dibuat berikutan hujan berpanjangan di wilayah utara Semenangjung Malaysia dan Hat Yai serta risiko berlakunya banjir.
Sehubungan itu, pemulangan tambang penuh kepada penumpang yang terjejas dengan pembatalan tersebut akan diberikan melalui KTMB Mobile (KITS).
Orang ramai boleh merujuk kakitangan stesen bertugas atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.
Orang ramai juga boleh mengirimkan emel ke callcenter@ktmb.com.my untuk sebarang bantuan mengenai perkara berkenaan.
“KTMB memohon maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku. Terima kasih atas pemahaman anda,” ujar hantaran itu.
Sumber: KTM Berhad via Facebook
The post KTMB Batal Perkhidmatan Tren Khas MySawasdee 1004/1005 KL Sentral – Hat Yai – KL appeared first on Siakap Keli.

