KTMB, ETS perlu selaras perjalanan

24 Jul 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KTMB, ETS perlu selaras perjalanan

JEMPOL – Kementerian Pengangkutan meminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyusun semula jadual perkhidmatan tren di laluan Gemas-Kuala Lipis bagi meningkatkan kekerapan perjalanan dan memastikan sambungan yang lebih lancar dengan perkhidmatan Elektrik Tren (ETS).

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu dapat dilaksanakan susulan penyiapan Projek Rehabilitation, Upgrading of Track and Associated Works Between Gemas, Negeri Sembilan to Mentakab Railway Station, Pahang – Pakej A.

Menurut beliau, ketika ini hanya terdapat tiga perjalanan sehari bagi laluan Gemas-Kuala Lipis bagi setiap arah.

“Saya telah meminta KTMB melihat kepada kekerapan supaya dapat disambungkan dengan ETS. Apa yang penting ialah mesti ada ketersambungan yang baik dengan ETS.

“Kalau kita dapat menyusun jadual itu, sebaik sahaja penumpang tiba di Stesen Gemas, masa menunggu hanya sekitar 10 hingga 15 minit sebelum boleh terus menaiki ETS. Itu yang paling sesuai,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja Projek Siap Rel Gemas – Mentakab, di Stesen KTMB Bahau, di sini, hari ini.

Anthony berkata, Gemas kini menjadi hab pertukaran utama yang menghubungkan laluan Pantai Timur dan Pantai Barat, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan rangkaian rel negara. – KOSMO! ONLINE

The post KTMB, ETS perlu selaras perjalanan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved