
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan sukacitanya mengumumkan pengenalan perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara yang akan beroperasi sebanyak empat (4) perkhidmatan pada tahun ini bagi memenuhi keperluan pengguna pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Tiket akan mula dijual pada 17 Mac 2025 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi. Sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas ini, sebanyak 480 tiket ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,920 tiket. Perkhidmatan ini menawarkan tambang sehala pada harga RM70 dengan pilihan koc tempat duduk superior. Tren ini akan memulakan perjalanannya dari Stesen KL Sentral dan akan berhenti di stesen-stesen utama seperti Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sungai Petani, Alor Setar, Arau and Padang Besar.
Jadual waktu tren khas ini adalah seperti berikut:





“Perkhidmatan tren khas ini disediakan sebagai alternatif pengangkutan sempena Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung halaman atau bercuti. Ini memberikan pilihan perjalanan yang lebih selesa dan lancar berbanding jalan darat, yang lazimnya mengalami kesesakan tinggi pada musim perayaan. KTMB kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan kereta api yang bukan sahaja selamat, tetapi juga selesa, khususnya untuk warga emas dan kanak-kanak bagi perjalanan jarak jauh,” menurut KTMB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
”Selain itu, pengguna dinasihatkan untuk tiba lebih awal di stesen bagi melancarkan proses pemeriksaan keselamatan dan dokumentasi di pintu masuk,” tambahnya lagi.
Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan.



