KTMB Tawar Diskaun 25 Peratus Pakej Keluarga Malaysia Hingga Hujung Tahun!

Sales & Promo
16 Feb 2022 • 12:58 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia menerusi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada warganegara Malaysia, bermula Isnin lalu (14 Februari) sehingga 31 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rani Hisham Samsudin berkata pakej tersebut menawarkan diskaun 25 peratus bagi pembelian minimum 4 tiket dalam 1 transaksi (dewasa dan kanak-kanak) -- untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan dengan menggunakan kod promo KMKTMB2.

image is not available

"Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi membantu memulihkan ekonomi negara, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal menjadi pilihan utama, melalui promosi yang dirangka khas untuk Keluarga Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Melalui pakej tersebut, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.

Untuk itu, menurutnya pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau melalui laman sesawang KTMB.

image is not available

Sumber: BERNAMA