
KTMB Umum Akses Stesen Arau Terhalang Akibat Banjir
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memaklumkan bahawa akses jalan ke Stesen Arau tidak boleh dilalui akibat banjir.
Menerusi kenyataan KTM Berhad di Facebook, para penumpang ETS yang menggunakan Stesen Arau boleh naik dan turun tren di Stesen Kodiang sehingga keadaan kembali pulih.
Difahamkan, penyesuaian ini dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan penumpang ke stesen.
Selain itu, hebahan awal turut dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan yang terkesan bagi memaklumkan pertukaran lokasi stesen.
“Buat masa ini perkhidmatan tren ETS masih beroperasi seperti biasa, tertakluk kepada situasi semasa di sektor utara
“Kakitangan KTMB berada di Stesen Kodiang bagi membantu dan menyelaras pergerakan penumpang, memastikan proses berjalan lancar dan teratur
“KTMB akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air serta memberi kemas kini terkini melalui saluran media sosial rasmi,” ujar kenyataan lagi.
Sehubungan itu, pihak KTMB mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama orang ramai.
BACA: “Boleh Rosakkan…” Mat Saleh Kongsi Pengalaman, Dedah Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia
Sumber: KTM Berhad
The post KTMB Umum Akses Stesen Arau Terhalang Akibat Banjir appeared first on Siakap Keli.


