“Ku balas pertolongan dengan pernikahan.’ Mamat Sepah imbau pertemuan pertama, sambut anniversary ke-7 dengan Cik Polis

Entertainment
9 Nov 2023 • 10:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAWAK dan pelakon Mamat, baharu menyambut ulang tahun perkenalan yang ketujuh bersama isteri yang juga anggota polis, Nordiana Ibrahim.

Sempena tarikh yang bermakna, Mamat yang pernah memenangi Raja Lawak musim ketiga memuat naik ucapan yang manis kepada isteri tersayang.

Mamat yang juga anggota kumpulan Sepah imendedahkan pertemuan pertamanya dengan Nordiana berlaku di balai polis semasa beliau hadir membuat aduan.

image is not available

“Pertama kali aku ke Balai Polis Shah Alam untuk urusan tarik kes pergaduhan adik aku antara penyokong Johor Darul Takzim dan Selangor.

“Hari yang aku marah, memang sangat marah.

“Melintas seorang polis wanita di hadapan dan berhenti menegur aku.

“Awak Mamat Sepah kan? Aku angguk dan berbincang sedikit tentang niat ke balai. Dia bantu aku untuk permudahkan urusan,” titip Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad.

image is not available

Ujar Mamat, sejak itu segalanya bermula. Perkenalannya wanita kelahiran Sabah itu membawa kepada pertunangan dan jenjang pelamin.

“Pertemuan pertama di situ bermula segalanya. Aku ‘balas’ pertolongan dengan pernikahan selepas empat tahun berkenalan.

“Terima kasih ALLAH atas pertemuan dan jodohku ini,” titip Mamat.

Mamat dan Nordiana berkahwin pada 1 Mac 2020 dalam satu majlis di Kulai, Johor selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

Julai lalu, Mamat bersama kumpulannya Majakelat yang dianggotai bersama Joey Daud, Adlin Aman Ramlie, Sanjna Suri dan Oky Danial memenangi Mega Spontan 2023.

Sumber: Mamat Sepah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!