Kuala Krai, Raub antara lima kawasan rekod cuaca panas tahap berjaga-jaga

25 May 2023 • 8:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sarawak.

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu setakat 4.30 petang ini, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan, serta Raub dan Bentong di Pahang.

Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Selangau.

Tahap berjaga-jaga tersebut merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved