Kuala Selangor antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

29 Sep 2025 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 SEPT: Tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama berlaku di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.