Kuala Selangor, Gombak antara empat daerah diramal hujan sehingga 9 malam

19 Aug 2023 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 19 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di empat daerah di Selangor sehingga jam 9 malam.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih., media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available