Kualiti Hampir Separuh Kerangka iPhone Yang Dihasilkan Di India Dikatakan Tidak Menepati Kualiti Apple

TechnologyDigital
15 Feb 2023 • 7:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple nampaknya menghadapi cabaran dalam memindahkan pengeluaran iPhone ke India berbanding China. Laporan baharu mengatakan hanya sekitar 50% kerangka iPhone yang dihasilkan di India tidak menepati kualiti Apple.

Disamping itu, kelajuan pengeluaran juga dikatakan menghadapi cabaran di India berbanding dengan di China yang sering menghasilkan pengeluaran dengan pantas dan menepati tarikh yang ditetapkan oleh Apple. Kadang-kala pengeluaran di China dapat dilengkapkan dengan lebih awal berbanding dengan tarikh yang ditetapkan.

image is not available

Terdapat juga sejumlah cabaran lain yang dihadapi, termasuk logistik dan lain-lain dalam pengeluaran Apple di luar China.

Apple dikatakan kini memfokuskan kepada pelan jangka masa panjang dalam menambah-baik pengeluaran di India.