
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan suhu maksimum tertinggi direkodkan di Stesen Meteorologi Kuantan, Pahang dengan bacaan 35.4 darjah Celcius (°C) pada hari ini.
Menurut MetMalaysia, bagi suhu maksimum harian, julat suhu maksimum di seluruh Stesen Utama adalah antara 24.3°C hingga 35.4°C.
“Dari segi taburan hujan, tiada hujan direkodkan di Stesen Utama Semenanjung Malaysia dengan jumlah hujan harian direkodkan pada 0.0 milimeter (mm).
“Walau bagaimanapun, beberapa stesen di Sabah dan Sarawak menerima hujan dengan jumlah harian tertinggi direkodkan di Stesen Meteorologi Mulu, Sarawak sebanyak 49.6mm diikuti Stesen Meteorologi Kuching, Sarawak sebanyak 29.4mm dan Stesen Meteorologi Tawau, Sabah sebanyak 20.0mm,” katanya di sini hari ini.
Katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan rancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE
The post Kuantan catat suhu maksimum 35.4 darjah Celsius appeared first on Kosmo Digital.





