Kuarters lama jadi bilik fisiologi: MPHS sedia bantu Hospital KKB selesai isu teknikal

LocalHealth & Fitness
21 Feb 2026 • 1:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 FEB: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melawat tapak teknikal Hospital Kuala Kubu Bharu bagi membincangkan cadangan tambahan dan ubahsuai kuarters hospital lama menjadi bilik fisiologi.

Jabatan Perancang Bandar MPHS memaklumkan tiada halangan untuk membantu hospital menyelesaikan isu teknikal tersebut.

MPHS berkata inisiatif ini dijangka memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan serta mempercepat penyelesaian isu teknikal demi manfaat komuniti setempat.

"Diharapkan dengan lawatan dan perbincangan ini, hubungan agensi kerajaan di kawasan pentadbiran daerah Hulu Selangor menjadi lebih erat," menurut MPHS dalam hantaran di Facebook.

image is not available
Yang Dipertua MPHS Julaihah Jamaludin mengetuai lawatan Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke tapak teknikal Hospital Kuala Kubu Bharu pada 20 Februari 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Lawatan ke hospital berkenaan semalam diketuai oleh Yang Dipertua MPHS Julaihah Jamaludin. Hadir sama Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS Azlina Mokhtar, pihak hospital dan perunding.

View Original Article