‘Kuasa Adalah Amanah Demi Perubahan Bermakna, Bukan Keistimewaan’ - Anwar

Politics
5 Apr 2023 • 9:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti PKR bahawa tugas dan tanggungjawab digalas hari ini adalah amanah yang mesti dipikul sebaiknya, dengan matlamat membawa perubahan bermakna - Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau selalu mengingatkan kepada semua ahli parti PKR bahawa kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan.

Katanya, memandangkan parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, beliau turut memberi peringatan kepada mereka bahawa tugas dan tanggungjawab digalas hari ini adalah amanah yang mesti dipikul sebaiknya, dengan matlamat membawa perubahan bermakna.

“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hantaran itu bersempena sambutan ulang tahun ke-24 PKR yang menyaksikan Anwar turut memberi ucapan.

“Selamat ulang tahun KEADILAN (PKR) yang ke-24 kepada seluruh anggota dan pimpinan KEADILAN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada semua ahli PKR.

Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata, PKR adalah parti yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.tanpa sebarang diskriminasi kaum, agama serta jantina.

“Semoga KEADILAN terus maju dan kukuh demi Malaysia Madani.

“Membujur lalu, melintang patah. Reformasi!,” katanya. – Getaran, 5 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved