Kuburan nyaris jatuh sungai, waris gesa tindakan segera

6 Feb 2025 • 1:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Waris dua kuburan di Kampung Linsudan dekat sini merayu pihak berkaitan agar mengambil tindakan segera menyelamatkan kuburan itu nyaris jatuh ke dalam sungai Pegalan akibat hakisan tebing yang terus berlaku.

Keluarga terdekat kepada satu kuburan itu, Jaini Sipawon 57 berkata, jika tiada bantuan disediakan dalam masa terdekat, kuburan itu akan jatuh dan dihanyutkan arus deras sungai. Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah meninjau kuburan itu selepas disiarkan dalam akhbar ini pada Disember 2024.

Advertisement“Pada masa itu kakitangan JPS ini memberi jaminan mereka akan mengatasi masalah itu bagi jangka panjang dengan memasang benteng dengan ‘blockstone’ “ jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, ini mungkin memakan masa lama kerana ia perlu melalui proses penyediaan peruntukan dan prosedur-prosedur tertentu.