Kuching Bakal Buat Direct Flight Pertama Ke Jakarta Pada Bulan Hadapan

17 May 2023 • 9:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

41 penerbangan antarabangsa, 447 domestik ke Sarawak setiap minggu – Dr Jerip

Kuching Bakal Buat Direct Flight Pertama Ke Jakarta Pada Bulan Hadapan. Kini terdapat 488 penerbangan mingguan ke Sarawak, terdiri daripada 41 penerbangan antarabangsa dan 447 penerbangan domestik, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.

Beliau mengatakan di antara penerbangan antarabangsa ke Sarawak adalah dari Singapura dan Brunei manakala penerbangan domestik berasal dari beberapa destinasi, antara lain, oleh dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

image is not available
Kuching Bakal Buat Direct Flight Pertama Ke Jakarta Pada Bulan Hadapan

Kementerian juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk memperluaskan keterhubungan Sarawak ke Indonesia dan China

Dr Jerip berkata sejak pembukaan sempadan antarabangsa negara selepas pandemik COVID-19, kementeriannya telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan pemain industri pelancongan untuk memulakan semula penerbangan ke Sarawak.

“Kementerian juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk memperluaskan keterhubungan Sarawak ke Indonesia dan China. Oleh yang demikian, Kuching akan mempunyai direct flight pertamanya ke Jakarta bermula pada 15 Jun tahun ini.

image is not available
Kuching Bakal Buat Direct Flight Pertama Ke Jakarta Pada Bulan Hadapan

Kuching akan mempunyai direct flight pertamanya ke Jakarta bermula pada 15 Jun tahun ini

“Dengan peningkatan kerapannya penerbangan yang dioperasikan oleh lebih banyak syarikat penerbangan, ia akan mencipta persaingan sihat yang akan menghasilkan harga tiket pesawat yang lebih berpatutan dan kompetitif. Tambahan juga dibuat untuk meningkatkan kerapannya penerbangan ke Sarawak semasa musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.

Beliau mengatakan ini sebagai respons kepada soalan oleh Yap Yau Sin (GPS-Kota Sentosa) semasa sesi soal jawab di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: