Kuching Car Free Morning Kini Kembali Dengan Lebih Banyak Aktiviti Best Di Padang Merdeka Esok

18 Nov 2023 • 4:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekali sekala bangun awal dan join aktiviti sihat pulak

Kuching Car Free Morning Kini Kembali Dengan Lebih Banyak Aktiviti Best Di Padang Merdeka Esok. Ahad ini, 19 November 2023, Program Car Free Morning Kuching akan diadakan di Padang Merdeka dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Inisiatif oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ini diadakan setiap hari Ahad untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang tempoh program ini, Jalan Tun Abang Haji Openg di hadapan Padang Merdeka akan ditutup kepada kenderaan bermotor. Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti aerobik, berbasikal, berjoging dan macam-macam lagi.

image is not available
Kuching Car Free Morning Kini Kembali Dengan Lebih Banyak Aktiviti Best Di Padang Merdeka Esok. Kredit: Facebook

Program tanpa kenderaan bermotor ini menawarkan ruang terbuka yang selamat kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah dan sukan serta menghabiskan masa bersama keluarga tanpa risiko bahaya kenderaan bermotor.

Ia sesuai untuk semua peringkat umur antaranya kanak-kanak boleh bermain dengan selesa, orang dewasa dan warga emas yang boleh menyertai pelbagai aktiviti kesihatan yang disediakan.

image is not available

Kanak-kanak boleh bermain dengan selamat manakala orang dewasa dan warga emas boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sihat.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Program Car Free Morning diadakan tanpa mengira hujan atau panas.

engunjung dinasihatkan memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.

Program mingguan ini sememangnya bermanfaat kepada penduduk Kuching yang ingin mengambil bahagian dalam aktiviti sihat sambil menikmati suasana bandar yang bebas kenderaan.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/dirty-art-studio-splash-art-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/car-free-day-kuching-kembali-laluan-diperluas/

View Original Article