Kuching Catat Indeks Pencemaran Udara Tertinggi Di Sarawak

17 Apr 2023 • 4:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

IPU masih merekodkan catatan sederhana

Kuching Catat Indeks Pencemaran Udara Tertinggi Di Sarawak. Semua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan pencemaran udara (IPU) sederhana setakat 1 tengah hari ini, dengan Kuching dan Samalaju mempunyai bacaan IPU tertinggi iaitu 85.

Kawasan lain yang mencatatkan IPU 80 dan ke atas ialah Sarikei (80) dan Mukah (80).

Bacaan IPU untuk kualiti udara yang baik ialah dari sifar hingga 50, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.

image is not available
Kuching Catat Indeks Pencemaran Udara Tertinggi Di Sarawak. Kredit: Astro Awani

Kuching catat bacaan paling tinggi iaitu 85

Sementara itu, pemangku pengarah Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) negeri Paul Bond ketika dihubungi berkata orang ramai boleh mendapatkan bacaan IPU semasa daripada aplikasi MyIPU dan/atau melayari laman web ASMC untuk ramalan jerebu.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka, berada di dalam rumah dan terhidrat dengan secukupnya.

image is not available

“Kita mungkin menghadapi cuaca panas kering ini sehingga Ogos dan tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka. Pasukan NREB sedang melakukan rondaan sekarang,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik: