
Syabas buat warga Kuching
Kuching Duduki Tangga Ke 14 Bandar Terbersih Di Dunia. Bandar Kuching ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak. Kuching direkodkan mempunyai bilangan penduduk paling ramai di Malaysia Timur.
Untuk pengetahuan anda, Bandaraya Kuching dibahagikan kepada 2 iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan.
Kedua-dua bahagian ini masing-masing ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Hasil inisiatif kedua-dua majlis ini, bandar Kuching telah pun berjaya merangkul beberapa anugerah bandar terbersih misalnya dari Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN baru-baru ini.
Terbaharu, Kuching telah pun menduduki ranking ke-14 bandar paling bersih di dunia menerusi sumber dari laman sesawang IQAir, portal laporan kualiti udara real time bandar di seluruh dunia. Kebersihan bandar raya ini diukur berdasarkan kualiti udara secara real time.

Menariknya, kedudukan Kuching berada di atas Kuala Lumpur dalam ranking ini meskipun Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia.
Kuching telah pun mencatatkan jumlah 25 mata indeks AQI (air quality index) yang mana menunjukkan kualiti udara di bandaraya ini adalah baik.
Untuk makluman, Kuala Lumpur telah mencatat kedudukan tangga ke-62 bandar paling bersih di dunia dengan indeks kualiti udara sebanyak 62 mata yang menjadikan kualiti udaranya sederhana.



