Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi, Berlangsung Sehingga 10 September 2022

2 Sep 2022 • 2:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Setelah dua tahun, festival ini kini kembali!

Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi, Berlangsung Sehingga 10 September 2022. Selepas dua tahun ‘direhatkan’, Kuching Intercultural Mooncake Festival 2022 akhirnya kembali!

Mulai hari ini sehingga 10 September ini, nikmatilah kepelbagaian makanan dan minuman serta persembahan menarik yang ditawarkan di festival ini!

image is not available
Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi, Berlangsung Sehingga 10 September 2022. Sumber: FB Wong Tong Wei

Diadakan di Jalan Carpenter, Kuching

Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri festival ini, gerai-gerai mula dibuka dari jam 6 petang hingga 10 malam (namun, terdapat juga beberapa gerai memulakan operasi lebih awal) dan festival ini akan diadakan di Jalan Carpenter.

Bagi penganut Muslim yang berminat untuk melawati festival ini, jangan risau! Festival ini juga mempunyai banyak gerai yang dikendalikan oleh orang Muslim dan terdapat banyak pilihan makanan yang boleh menarik minat anda!

Selain gerai makanan dan minuman, terdapat juga persembahan yang akan menghiburkan anda seperti persembahan kebudayaan.

Malah, ia juga dikatakan sebuah pertandingan mixed martial arts juga akan dibuat semasa festival ini.

Wah! Meriah juga suasana kat Kuching Intercultural Mooncake Festival! Jom meriahkan lagi suasana, gais!

Lagi event menarik di sini: