Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi Tahun Ini, Bakal Berlangsung 20 September 2023

7 Sep 2023 • 12:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuching Intercultural Mooncake Festival (KIMF) 2023.

Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi Tahun Ini, Bakal Berlangsung 20 September 2023. Salah satu festival menarik yang dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, Kuching Intercultural Mooncake Festival (KIMF) bakal diadakan di Carpenter Street pada tahun ini.

Menurut perkongsian di Facebook, KIMF ini bakal berlangsung dari 20 September ini sehingga 29 September!

image is not available
Kuching Intercultural Mooncake Festival Kembali Lagi Tahun Ini, Bakal Berlangsung 20 September 2023. Kredit gambar: China Highlights

KIMF ini menyatukan lapisan masyarakat dari pelbagai dan budaya di Sarawak untuk meraikan Festival Pertengahan Musim Luruh. Festival ini turut mengutamakan sifat multikultural yang wujud di Sarawak.

Dalam masa yang sama, KIMF ini juga akan menampilkan pelbagai variasi makanan menarik, persembahan muzik dan kebudayaan serta akan adanya tanglung untuk dinyalakan di sepanjang jalan di tapak festival ini.

image is not available

Pada tahun lepas, KIMF ini telah mendapat sambutan yang baik serta mendapat pujian tinggi oleh orang ramai kerana ramai rakyat tempatan di Sarawak tidak mengira kaum, bangsa serta agama turut hadir memeriahkan festival ini.

Tunggu apa lagi, marilah kita sama-sama memeriahkan Kuching Intercultural Mooncake Festival (KIMF) tahun ini!

Lagi event menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved