Kuching jadi tuan rumah Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2025 Borneo

LocalBusiness & Finance
16 Jul 2026 • 12:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kuching jadi tuan rumah Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2025 Borneo Image from: Kuching jadi tuan rumah Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2025 Borneo johardy16/07/2026 - 12:05 Gambar oleh Muhamed Sukry Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 Julai – Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2025 Borneo (WHEA 2025 Borneo) bakal menjadi tumpuan pada 22 Julai 2026 di sebuah hotel di Kuching apabila menghimpunkan pemimpin industri halal dunia, pemain industri dan penggubal dasar sempena Pameran Halal Antarabangsa Borneo 2026 (BIHAS 2026).

 

BIHAS 2026 merupakan pameran halal serantau pertama yang bertujuan meletakkan Sarawak sebagai pintu masuk ke pasaran halal Borneo, di samping memperkukuh perdagangan rentas sempadan dalam ASEAN dan pasaran antarabangsa.

 

Majlis anugerah berprestij itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Halal Berhad (HDC) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang serta inovasi dalam ekosistem halal global.

 

Acara itu dijangka menarik penyertaan daripada pelbagai sektor utama termasuk makanan dan minuman halal, pelancongan mesra Muslim, logistik serta kewangan Islam, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global.

 

Penganjuran WHEA 2025 Borneo di Kuching turut menyerlahkan peranan Sarawak yang semakin berkembang sebagai hab halal baharu di rantau Borneo.

 

Ketika ini, Sarawak mempunyai lebih 1,100 entiti aktif yang memiliki pensijilan halal dan terus memperkukuh ekosistem halalnya merangkumi sektor pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

 

Diadakan seiring dengan BIHAS 2026, WHEA 2025 Borneo menjadi platform utama untuk meraikan kecemerlangan, selain menggalakkan kerjasama, perdagangan dan peluang pelaburan dalam kalangan pemain industri halal dari seluruh dunia.

solar

Ketua Pegawai Eksekutif Interim HDC, Hanisofian Alias berkata, anugerah itu bertujuan mengiktiraf sumbangan besar pemimpin, inovator dan perintis dalam industri halal Malaysia.

 

"Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, malah menjadi penanda aras kepada kecemerlangan, inovasi dan kemampanan dalam industri halal global," katanya.

 

Acara itu turut disertai para delegasi BIHAS 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai ekonomi halal terkemuka serta rakan perdagangan halal yang diyakini di peringkat antarabangsa. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved